Langkau ke kandungan utama

TIPS MENANGANI SEMESTER YANG SIBUK

Setiap hari pasti ada waktunya kita terkejar-kejar dengan masa. Gejala ini amat biasa kepada seorang siswi mahupun siswa. Ada waktunya kita tertewas, ditinggalkan oleh masa. Bagaimana caranya untuk kita menangani masa dengan baik? Mungkin beberapa tips yang sis Kejora kongsikan dari laman sesawang http://buckeyebliss.com/handling-a-busy-semester/ boleh membantu anda sendikit sebanyak untuk mengharungi semester yang sibuk. 


Menurut Cik Collin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani semester yang sibuk. Antara yang dikongsikan melalui blog beliau ialah:

1) Prioriti
To-do list yang kita senaraikan memang banyak, tugas kita ialah mengenal pasti mana-mana tugasan yang paling penting dan susun semuanya mengikut prioriti.

2) Merancang hari anda
Kita boleh mencatat masa mula dan masa tamat sesebuah kerja yang hendak kita siapkan.

3) Penjagaan diri juga penting, teman-teman!
Pemakanan yang tidak sihat, tidur yang tidak cukup akan menghambat kesihatan anda. Pastikan anda tidak lupa untuk mandi supaya sentiasa segar memulakan hari, ya!

4) Berehatlah apabila perlu
Tidak menjadi kesalahan apabila anda komited menyiapkan kerja-kerja anda, tetapi ambillah peluang untuk berehat seketika supaya tidak stres.

5) Telefon ibu anda
Dalam banyak rakan yang kita ada, ibu adalah satu-satunya orang istimewa yang paling dekat dengan kita yang akan mendengar jejeran luahan perasaan kita tentang masalah itu dan masalah ini. 


Oh ya, sebelum terlupa, sebelum menutup kata... PRSd IPGKT telah merancang sebuah program yang dinamakan Love Call. Apa itu program Love Call? Bersama kita nantikannya...
Sekian dahulu daripada saya, sis Kejora. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan PRSd IPG Kampus Tawau 2017

Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2012 di IPG Kampus Tawau.  Penglibatan secara aktif kelab ini dalam pengajuran program-program berbentuk baktis siswa dan kesukarelawan IPGKT bermula pada tahun 2014, dan kelab ini telah di daftarkan sebagai ko-kurikulum tambahan (extra co-curriculum) di bawah unit ko-kurikulum IPGKT, namun dikendalikan sepenuhnya oleh unit psikologi dan kaunseling IPGKT.             Ahli kelab PRSd yang berdaftar sehingga kini adalah seramai 90 orang yang terdiri daripada siswa pelatih dari pelbagai opsyen.  Objektif utama penubuhan kelab ini adalah sebagai medan untuk membantu rakan sebaya yang mengalami masalah.  Objektif utama penubuhan kelab ini juga adalah untuk mendidik para ahli dengan kemahiran-kemahiran asas kaunseling untuk membantu rakan sebaya selaras dengan falsafah PRS “ bantu diri untuk bantu orang lain ”.  Ahli PRS juga ...

Ahli Kabinet PRSd IPG Kampus Tawau 2017

Ahli Kabinet Pembimbing Rakan Siswa Pendidik IPG Kampus Tawau 2017 Penasihat PRSd IPG Kampus Tawau Encik Jeffery Bin Apdal Pengerusi PRSd IPGKT 2017 Ezlan Bin Mansah Timbalan Pengerusi Aizee Yasmin Binti Abdul Ghaffar  Setiausaha Satu Belinda Muneh Setiausaha Dua Norsyafikah Binti Ambotuo  Bendahari  Norleha Binti Kerisim  AJK Modul Dan Aktiviti Nina Suriana Binti Bulkin AJK Modul dan Aktiviti Yousha Nasuha Binti Yusri  AJK Dokumentasi dan Publisiti Shukri Bin Suparti AJK Dokumentasi dan Publisiti Norika Binti Kadir AJK Kebajikan dan Kerohanian Muhd Syazwan Bin Ramli AJK Kebajikan dan Kerohanian Haslinda Binti Bacho Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sehabis baik. Salam PRSd IPG Kampus Tawau! 

Lirik Lagu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)