Kelab
Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) secara rasminya telah ditubuhkan pada
tahun 2012 di IPG Kampus Tawau.
Penglibatan secara aktif kelab ini dalam pengajuran program-program
berbentuk baktis siswa dan kesukarelawan IPGKT bermula pada tahun 2014, dan
kelab ini telah di daftarkan sebagai ko-kurikulum tambahan (extra co-curriculum) di bawah unit ko-kurikulum IPGKT, namun
dikendalikan sepenuhnya oleh unit psikologi dan kaunseling IPGKT.
Ahli kelab PRSd yang berdaftar
sehingga kini adalah seramai 90 orang yang terdiri daripada siswa pelatih dari pelbagai
opsyen. Objektif utama penubuhan kelab
ini adalah sebagai medan untuk membantu rakan sebaya yang mengalami
masalah. Objektif utama penubuhan kelab
ini juga adalah untuk mendidik para ahli dengan kemahiran-kemahiran asas
kaunseling untuk membantu rakan sebaya selaras dengan falsafah PRS “bantu
diri untuk bantu orang lain”. Ahli
PRS juga merupakan sumber sokongan bagi rakan sebaya mendapatkan bantuan dalam
perkhidmatan psikologi dan kaunseling di IPGK selain daripada kaunselor
terlatih yang sedia ada.
Ulasan
Catat Ulasan