HI semua. Diharapkan semua pelajar dapat bangun pagi dengan penuh semangat untuk memulakan hari. Susah sangat ke jadi morning person? Tepuk dada, tanya selera. Seberapa panjang dan beratnya kepentingan bangun awal pagi? Berdasarkan tulisan Sara di blognya http://saralaughed.com/how-to-become-a-morning-person-in-college/ , bangun awal pada pagi hari mampu mencetuskan mood baik sepanjang hari, dan semestinya pagi yang sihat dengan bangun awal menjanjikan diri berasa bersemangat sehinggalah kita tidur semula.
Hantaran kali ini berkaitan dengan tips untuk menjadi morning person. Baiklah, tips pertama ialah,
1) Semak semula waktu tidur anda
Gais, morning person semestinya juga membawa maksud bangun awal pagi. Jadi, kita perlu tidur awal. Prosesnya mungkin lebih mudah jika dilakukan secara beransur-ansur. Contohnya, tidur 15 minit lebih awal daripada biasa dan bangun 15 minit awal dari biasa. Lama-kelamaan, pasti terbiasa.
2) Mengadakan Rutin Pagi
Anda boleh mengadakan rutin pagi yang melibatkan kecergasan, seperti bersenam. Anda juga boleh memulakan rutin pagi dengan menyemak ataupun membaca nota-nota kuliah walaupun hanya sepintas lalu.
3) Beri ganjaran kepada diri sendiri!
Ya, self reward juga penting supaya anda sentiasa bersemangat untuk bangun awal pagi. Banyak cara yang boleh dicuba untuk memberi ganjaran kepada diri. Contohnya, mencicip secawan kopi, teh, coklat panas, teh hijau dan lain-lain. Selain itu, carilah perkara lain yang boleh membuat anda sentiasa bersemangat untuk bangun!
4) Elakkan kecerahan skrin yang tinggi pada waktu malam.
Tidak kira gajet apapun yang anda gunakan sama ada telefon pintar ataupun komputer riba, kecerahan yang tinggi pada skrin gajet tersebut akan meyakinkan otak bahawa masa masih siang hari. Jadi, anda boleh cuba mengelakkan diri daripada mencuba untuk tidak menggunakan sebarang gajet tersebut sejam sebelum waktu tidur. Payah tetapi amat membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih baik dan dapat tidur dengan lebih cepat.
Fakta menarik ; Purata wanita Amerika berusia 81 tahun. Jangka masa tersebut sekitar 29,500 hari. 29,500 pagi. 29,500 peluang untuk memulakan hari dengan betul.
Sekian sahaja, perkongsian sis Kejora buat kalian.
Sebarang komen mahupun maklum balas berupa cadangan penambahbaikan amatlah diraikan. Terima kasih. Jom jadi morning person!
![]() |
| sumber : pinterest |

| Sumber : Pinterest |

| sumber: google |
Fakta menarik ; Purata wanita Amerika berusia 81 tahun. Jangka masa tersebut sekitar 29,500 hari. 29,500 pagi. 29,500 peluang untuk memulakan hari dengan betul.
Sekian sahaja, perkongsian sis Kejora buat kalian.
Sebarang komen mahupun maklum balas berupa cadangan penambahbaikan amatlah diraikan. Terima kasih. Jom jadi morning person!
![]() |
| sumber: pinterest |

Ulasan
Catat Ulasan