Langkau ke kandungan utama

Catatan

PROGRAM PRSd 2018

Catatan terbaharu

KURANG KEYAKINAN DIRI? 5 TIPS MUDAH UNTUK ANDA

Hai semua! PRSd IPGKT kembali lagi dalam penulisan pada kali ini. Pada kali ini kita akan saling berkongsi tentang LIMA TIPS meningkatkan keyakinan diri. Zaman milenium yang serba canggih ini telah menjadikan kita semua tidak ketinggalan mempunyai laman sosial. Sesudah itu kita cenderung melihat sudut kehidupan orang lain yang pada akhirnya mungkin memberikan kesan kepada kita. Contohnya, kita berasa kita tidak cukup bagus berbanding kawan-kawan yang lain kerana kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain. Teman, ingatlah dirimu begitu berharga!  Lima tips meningkatkan keyakinan diri ini dikongsikan daripada penulisan blog yang beralamat di http://www.searchingforbetter.net/5-simple-self-confidence-building-tips. Tips Pertama : Permission Slip Permission Slip merupakan nota kecil bertulis tangan dengan kata-kata untuk membolehkan anda melakukan sesuatu yang positif. Contohnya, 'Ya, anda boleh melakukan aktiviti bersukan hari ini di gym!' Pasti i...

TIPS JADI 'MORNING PERSON'

HI semua. Diharapkan semua pelajar dapat bangun pagi dengan penuh semangat untuk memulakan hari. Susah sangat ke jadi morning person ? Tepuk dada, tanya selera. Seberapa panjang dan beratnya kepentingan bangun awal pagi? Berdasarkan tulisan Sara di blognya http://saralaughed.com/how-to-become-a-morning-person-in-college/ ,  bangun awal pada pagi hari mampu mencetuskan mood baik sepanjang hari, dan semestinya pagi yang sihat dengan bangun awal menjanjikan diri berasa bersemangat sehinggalah kita tidur semula. sumber : pinterest Hantaran kali ini berkaitan dengan tips untuk menjadi morning person. Baiklah, tips pertama ialah, 1) Semak semula waktu tidur anda Gais, morning person semestinya juga membawa maksud bangun awal pagi. Jadi, kita perlu tidur awal. Prosesnya mungkin lebih mudah jika dilakukan secara beransur-ansur. Contohnya, tidur 15 minit lebih awal daripada biasa dan bangun 15 minit awal dari biasa. Lama-kelamaan, pasti terbiasa. sumber : pinterest 2) ...

SOCMED PRSd IPG KAMPUS TAWAU

SOCMED? Apa kepanjangan socmed? Perkataan socmed asalnya ialah Social Media, dalam bahasa Melayu disebut media sosial. Di dunia, terdapat banyak media sosial yang sudah terbina dan digunakan secara meluas oleh penduduk dunia. Ada banyak fungsi media sosial sebenarnya. Bukan hanya tekan-tekan telefon pintar dan kongsi. Dalam PRSd IPG Kampus Tawau, beberapa media sosial telah dilancarkan sejak setahun yang lalu sebagai wahana penyebaran maklumat khasnya gambar-gambar sepanjang program yang telah dijalankan. Berikut disertakan akaun media sosial kita:  Jangan lupa follow tau! emel GMAIL : prsdipgktawau@gmail.com Jangan lupa follow instagram kami di @prsd_ipgktawau https://www.instagram.com/prsd_ipgktawau/ Pada tahun ini kami akan membina lebih banyak lagi akaun media sosial seperti facebook dan Youtube Channel sebagai wahana perkongsian maklumat yang lebih interaktif.  Ok, follow jangan tak follow... cepat! Cepat! Jangan lambat-lambat! (Memetik ...

TIPS MENANGANI SEMESTER YANG SIBUK

Setiap hari pasti ada waktunya kita terkejar-kejar dengan masa. Gejala ini amat biasa kepada seorang siswi mahupun siswa. Ada waktunya kita tertewas, ditinggalkan oleh masa. Bagaimana caranya untuk kita menangani masa dengan baik? Mungkin beberapa tips yang sis Kejora kongsikan dari laman sesawang http://buckeyebliss.com/handling-a-busy-semester/ boleh membantu anda sendikit sebanyak untuk mengharungi semester yang sibuk.  Menurut Cik Collin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani semester yang sibuk. Antara yang dikongsikan melalui blog beliau ialah: 1) Prioriti To-do list yang kita senaraikan memang banyak, tugas kita ialah mengenal pasti mana-mana tugasan yang paling penting dan susun semuanya mengikut prioriti. 2) Merancang hari anda Kita boleh mencatat masa mula dan masa tamat sesebuah kerja yang hendak kita siapkan. 3) Penjagaan diri juga penting, teman-teman! Pemakanan yang tidak sihat, tidur yang tidak cukup akan menghambat kes...

SOALAN KEPADA DIRI #PRSd

Assalamualaikum dan hello semua! Sebelum sis Kejora bagi soalan kepada kamu, sis tanya soalan spoiler ok? Adakah anda sudah menerima soalan kerja kursus? Ha... Jangan kalut, jangan stres dengan soalan spoiler tersebut. Chill dan relaks bak kata orang pada zaman serba-serbi hipster ini. Hantaran pada kali ini sis sertakan 31 soalan khas bagi bulan Januari. Kamu semua boleh baca soalan-soalan ini dan jawab. Anda boleh taipkan jawapan di ruangan komen dan tidak mengapa jika anda mahu kongsikan sedikit saja daripada jawapan anda ataupun anda hendak simpan buat pusaka juga tak mengapa! xD Ok, let's get started! SOALAN TAMAT Sekian sahaja penulisan sis Kejora pada kali ini. Bantu diri untuk bantu orang lain! Terima kasih. 

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan! PRSd IPG Kampus Tawau ingin mengucapkan selamat tahun baharu 2018 yang sudah melewati minggu yang kedua pada bulan Januari yang berbahagia ini. Sebagai perkongsian berita gembira, PRSd IPG Kampus Tawau telah mengadakan perjumpaan besar-besaran pada 11 Januari yang lalu. Sebagai pengisian aktiviti, beberapa slot telah dilaksanakan seperti berikut: 1) Ucapan kata alu-aluan 2) Bacaan Doa 3) Nyanyian Lagu PRS 4) Ucapan Pengerusi dan Timbalan PRS 5) Ucapan Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling 6) Pelaporan tugas dari setiap AJK PRSd Segala amanat daripada kabinet tertinggi PRSd dan Encik Jeffery bin Apdal hendaklah diambil berat sebaik-baiknya. Akhir kata, bantu diri untuk bantu orang lain dan semestinya pelbagai program telah dirancang untuk dilaksana sepanjang tahun ini untuk anda semua. Bersama kita nantikannya. Selamat tahun baharu 2018! p/s Sedikit pesanan khidmat masyarakat di atas dikongsikan...