Langkau ke kandungan utama

KURANG KEYAKINAN DIRI? 5 TIPS MUDAH UNTUK ANDA




Hai semua! PRSd IPGKT kembali lagi dalam penulisan pada kali ini. Pada kali ini kita akan saling berkongsi tentang LIMA TIPS meningkatkan keyakinan diri. Zaman milenium yang serba canggih ini telah menjadikan kita semua tidak ketinggalan mempunyai laman sosial.

Future play: Working with social media. Play personality: Explorer. Trying and exploring new social media. Qualities of play: Continuation desire. I always like to download new social media apps or check out new sites. I like to play around and try different things out to see how they work. If I like doing it now, why not like it even more later? Copyright © 2015 http://www.aroundthefirepit.com

Sesudah itu kita cenderung melihat sudut kehidupan orang lain yang pada akhirnya mungkin memberikan kesan kepada kita. Contohnya, kita berasa kita tidak cukup bagus berbanding kawan-kawan yang lain kerana kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain. Teman, ingatlah dirimu begitu berharga!





 Lima tips meningkatkan keyakinan diri ini dikongsikan daripada penulisan blog yang beralamat di http://www.searchingforbetter.net/5-simple-self-confidence-building-tips.


Tips Pertama : Permission Slip

Permission Slip merupakan nota kecil bertulis tangan dengan kata-kata untuk membolehkan anda melakukan sesuatu yang positif. Contohnya, 'Ya, anda boleh melakukan aktiviti bersukan hari ini di gym!' Pasti ia sesuatu yang ringkas tetapi impaknya keyakinan anda boleh dipertingkatkan dengan tulisan-tulisan yang memberi anda keizinan untuk melakukan sesuatu yang lebih produktif.

Tips Kedua : Take 1 Small Action
Mengambil tindakan yang kecil, simple yang jarang anda lakukan seperti tersenyum kepada orang walaupun kepada orang yang tidak dikenali! Jika tindakan ini dilakukan secara berterusan, anda dapat melatih diri anda menjadi yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.
I hope you're inspired to write again. That the page doesn't stay blank. I know it's a way to get you out of your head for awhile or at least see it in front of you.

Tips Ketiga : Bahasa Badan
Bahasa badan yang baik mempengaruhi orang di sekeliling kita. Bahasa badan dengan tangan bersilang di dada pasti menyebabkan orang lain tidak mahu datang mendekati kita kerana berfikir kita tidak mesra dengan orang lain. Semestinya kita akan menjadi rendah diri kerana berasa diri tidak mudah didekati orang lain.

10 proven tactics for reading people's body language.

Action plan untuk anda: Kenal pasti bahasa badan anda ketika anda berada dalam mood yang kurang baik.

Tips keempat : Mantra Harian
Hmm? Mantra? Jampi lagu dari Hael Husaini?

🤤
Maaf, Hael Husaini tiada kena mengena dalam jampi ini. Tapi lagu dia best, kan?

  Mantra harian yang dimaksudkan ialah berupa kata-kata semangat dan lain-lain yang mungkin anda pernah dengar disebut affirmation. Selebriti berpengaruh juga ada menggunakan mantra harian berbentuk affirmation ini. Contohnya selebriti paling meletop sekarang iaitu Neelofa. 

Majalah Forbes pilih Neelofa BEBERAPA hari lepas Mary Jane ada belek-belek Instagram artis-artis Malaysia. Walaupun yang melintas banyak sekali gambar swafoto yang membosankan ada satu gambar yang menarik perhatian Mary Jane. Majalah Forbes pilih Neelofa Foto yang dikongsi Neelofa pada 14 Mac lalu menerima banyak pujian di ruang komen. Menerusi kapsyen yang ditulis Neelofa sedang menjalani sesi fotografi bersama sebuah majalah terkenal luar negara Forbes. Wah! Rasanya bukan calang-calang or


Jika kita perhatikan selebriti bernama Neelofa, beliau akan membuat hantaran bergambar yang berupa affirmation yang bukan sahaja sebagai mantra harian yang positif buat dirinya malah memberi sokongan dan aura positif kepada orang lain juga. Jadi? Tunggu apa lagi, segeralah cari mantra harian sebagai booster  kepada keyakinan anda! 

Use this simple, peaceful affirmation to help yourself release tension and stress. Remember the inner oasis of serenity that is your beautiful heart. Become grounded in peace again.

Tips kelima: 5 seconds rule

5 seconds rule ini berguna apabila anda masih ragu-ragu atau takut untuk memulakan sesuatu. Misalnya, anda dalam dilema sama ada ya atau tidak. Anda hanya perlu menghitung 5, 4, 3, 2, 1! dan katakan ya, anda terus lakukannya. 


Baiklah, sekian dahulu penulisan pada kali ini. Semoga bermanfaat. 

Admin : Kejora

Rujukan : Brown, B. (2017). Braving the wilderness: the quest for true belonging and the courage to stand alone. New York: Random House.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan PRSd IPG Kampus Tawau 2017

Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2012 di IPG Kampus Tawau.  Penglibatan secara aktif kelab ini dalam pengajuran program-program berbentuk baktis siswa dan kesukarelawan IPGKT bermula pada tahun 2014, dan kelab ini telah di daftarkan sebagai ko-kurikulum tambahan (extra co-curriculum) di bawah unit ko-kurikulum IPGKT, namun dikendalikan sepenuhnya oleh unit psikologi dan kaunseling IPGKT.             Ahli kelab PRSd yang berdaftar sehingga kini adalah seramai 90 orang yang terdiri daripada siswa pelatih dari pelbagai opsyen.  Objektif utama penubuhan kelab ini adalah sebagai medan untuk membantu rakan sebaya yang mengalami masalah.  Objektif utama penubuhan kelab ini juga adalah untuk mendidik para ahli dengan kemahiran-kemahiran asas kaunseling untuk membantu rakan sebaya selaras dengan falsafah PRS “ bantu diri untuk bantu orang lain ”.  Ahli PRS juga ...

Ahli Kabinet PRSd IPG Kampus Tawau 2017

Ahli Kabinet Pembimbing Rakan Siswa Pendidik IPG Kampus Tawau 2017 Penasihat PRSd IPG Kampus Tawau Encik Jeffery Bin Apdal Pengerusi PRSd IPGKT 2017 Ezlan Bin Mansah Timbalan Pengerusi Aizee Yasmin Binti Abdul Ghaffar  Setiausaha Satu Belinda Muneh Setiausaha Dua Norsyafikah Binti Ambotuo  Bendahari  Norleha Binti Kerisim  AJK Modul Dan Aktiviti Nina Suriana Binti Bulkin AJK Modul dan Aktiviti Yousha Nasuha Binti Yusri  AJK Dokumentasi dan Publisiti Shukri Bin Suparti AJK Dokumentasi dan Publisiti Norika Binti Kadir AJK Kebajikan dan Kerohanian Muhd Syazwan Bin Ramli AJK Kebajikan dan Kerohanian Haslinda Binti Bacho Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sehabis baik. Salam PRSd IPG Kampus Tawau! 

Lirik Lagu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)