Langkau ke kandungan utama

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan!
PRSd IPG Kampus Tawau ingin mengucapkan selamat tahun baharu 2018 yang sudah melewati minggu yang kedua pada bulan Januari yang berbahagia ini.

Sebagai perkongsian berita gembira, PRSd IPG Kampus Tawau telah mengadakan perjumpaan besar-besaran pada 11 Januari yang lalu. Sebagai pengisian aktiviti, beberapa slot telah dilaksanakan seperti berikut:

1) Ucapan kata alu-aluan
2) Bacaan Doa
3) Nyanyian Lagu PRS
4) Ucapan Pengerusi dan Timbalan PRS
5) Ucapan Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling
6) Pelaporan tugas dari setiap AJK PRSd

Segala amanat daripada kabinet tertinggi PRSd dan Encik Jeffery bin Apdal hendaklah diambil berat sebaik-baiknya. Akhir kata, bantu diri untuk bantu orang lain dan semestinya pelbagai program telah dirancang untuk dilaksana sepanjang tahun ini untuk anda semua.

Bersama kita nantikannya. Selamat tahun baharu 2018!








p/s Sedikit pesanan khidmat masyarakat di atas dikongsikan oleh Sis Kejora hampa semua dari Pinterest.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan PRSd IPG Kampus Tawau 2017

Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2012 di IPG Kampus Tawau.  Penglibatan secara aktif kelab ini dalam pengajuran program-program berbentuk baktis siswa dan kesukarelawan IPGKT bermula pada tahun 2014, dan kelab ini telah di daftarkan sebagai ko-kurikulum tambahan (extra co-curriculum) di bawah unit ko-kurikulum IPGKT, namun dikendalikan sepenuhnya oleh unit psikologi dan kaunseling IPGKT.             Ahli kelab PRSd yang berdaftar sehingga kini adalah seramai 90 orang yang terdiri daripada siswa pelatih dari pelbagai opsyen.  Objektif utama penubuhan kelab ini adalah sebagai medan untuk membantu rakan sebaya yang mengalami masalah.  Objektif utama penubuhan kelab ini juga adalah untuk mendidik para ahli dengan kemahiran-kemahiran asas kaunseling untuk membantu rakan sebaya selaras dengan falsafah PRS “ bantu diri untuk bantu orang lain ”.  Ahli PRS juga ...

Ahli Kabinet PRSd IPG Kampus Tawau 2017

Ahli Kabinet Pembimbing Rakan Siswa Pendidik IPG Kampus Tawau 2017 Penasihat PRSd IPG Kampus Tawau Encik Jeffery Bin Apdal Pengerusi PRSd IPGKT 2017 Ezlan Bin Mansah Timbalan Pengerusi Aizee Yasmin Binti Abdul Ghaffar  Setiausaha Satu Belinda Muneh Setiausaha Dua Norsyafikah Binti Ambotuo  Bendahari  Norleha Binti Kerisim  AJK Modul Dan Aktiviti Nina Suriana Binti Bulkin AJK Modul dan Aktiviti Yousha Nasuha Binti Yusri  AJK Dokumentasi dan Publisiti Shukri Bin Suparti AJK Dokumentasi dan Publisiti Norika Binti Kadir AJK Kebajikan dan Kerohanian Muhd Syazwan Bin Ramli AJK Kebajikan dan Kerohanian Haslinda Binti Bacho Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sehabis baik. Salam PRSd IPG Kampus Tawau! 

Lirik Lagu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)